Wednesday, 18 March 2015

BAHAGIAN B: Menjelaskan wujudnya proses penjajahan yang berlaku di Negara akibat kemasukan Negara-negara asing.




Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai 30 orang penghuni kamsis Jati aras 4 telah terlibat dalam proses soal selidik ini. Hasil daripada jawapan yang diperolehi daripada respondan ,kami mendapati bahawa bilangan yang menjawab (S) pada soalan 1 ialah 5 orang. Pada soalan 2 respondan yang menjawab (S) ialah 21orang, Soalan 3 kami mendapati bahawa bilangan (S) yang dijawab oleh responden ialah 17orang. Seterusnya soalan 4 bilangan yang menjawab (S) ialah 11 orang  dan soalan terakhir ialah soalan 5 kami mendapati bilangan yang menjawab (S) ialah 11orang. Hasil daripada pemerhatian kami, kami mendapati bahawa penghuni kamsis Jati aras 4 memahami proses penjajahan yang berlaku akibat kemasukan Negara-negara asing .




BAHAGIAN C: Membincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam Negara sehingga menjejaskan pentadbiran yang sedia ada



Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai30 orang penghuni kamsis Jati aras 4 telah terlibat dalam proses soalselidik ini. Hasil daripada jawapan yang diperolehi kami mendapati bahawa bilangan respondan yang menjawab setuju pada Soalan 1 ialah 15orang, Seterusnya pada soalan 2 seramai 20 orang yang menjawab setuju. Pada soalan 3 merujuk kepada graf seramai 7 orang yang menjawab setuju. Soalan 4 seramai 15 orang pelajar yang menjawab setuju. Pada soalan 5 seramai 11 orang yang menjawab setuju. Kesimpulanya, hasil daripada soalselidik ini menunjukkan penghuni kamsis Jati aras 4 dapat mengenalpasti bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam Negara sehingga menjejaskan pentadbiran yang sedia ada.



BAHAGIAN D: Huraian mengenai semangat penentangan terhadap penjajahan dan menilai kesan-kesan penjajahan tersebut

A
Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai 30 orang penghuni kamsis Jati aras 4 telah terlibat dalam soal selidik ini. Hasil maklum balas daripada borang soal selidik ,kami mendapati bahawa bilangan respondan yang memberikan maklum balas setuju pada soalan 1 seramai 11 orang. Seterusnya pada soalan 2 seramai 14 orang menjawab setuju. Pada soalan 3 merujuk ke pada graf seramai 10 orang menjawab setuju. Soalan 4 seramai 11 orang pelajar yang menjawab setuju. Pada soalan 5 seramai 7 orang yang menjawab setuju. Kesimpulanya, hasil daripada soal selidik ini menunjukkan penghuni kamsis Jati aras 4 dapat menyelami semangat penentangan terhadap penjajahan dan dapat menilai secara baik kesan kesan penjajahan tersebut.

Rujukan




Buku Pegajian Malaysia ( Dr.Mardiana Nordin Hasnah Hussin )



Batasan kajian


      Kajian ini dilakukan keatas penghuni kamsis blok Jati aras 4  yang mempunyai populasi seramai 75 ( 100% ) . Jumlah keseluruhan populasi responden seramai 75 orang ( 100% ) . Dalam kajian ini seramai 30 ( 40% ) diambil sebagai sample .




Kepentingan kajian



     Pentingnya kajian ini kerana penghuni KAMSIS Politeknik Nilai  pada masa kini semakin alpa tentang sejarah yang terdapat di Malaysia. Justeru itu ,kajian ini dapat meningkatkan serba sedikit nilai kesedaran di setiap penghuni KAMSIS Politeknik Nilai tentang sejarah Malaysia. Selain itu, kajian ini boleh memberi rujukan kepada setiap institusi-institusi yang terdapat di Malaysia bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah Zaman Penjajahan Tanah Melayu.
PENYATAAN MASALAH


1.      Supaya Malaysia tidak dijajah semula.Malaysia dijajah bukan sahaja dari segi hasil bumi,malahan mental,fizikal dan ekonomi turut terkesan.Institusi diraja Tanah Melayu yang berdaulat turut dicemari oleh penjajah.Dari segi mental,masyarakat di Tanah Melayu ditindas dan menyebabkan masyarakat Melayu berasa takut dengan ancaman penjajah.Hak-hak mereka dirampas dan dipaksa bekerja secara paksa.Pelbagai jenis cukai dan bayaran yang dikenakan turut membebankan masyarakat.Dari segi fizikal dan ekonomi pula,kaum lelaki dipaksa bekerja secara paksa.Ekonomi di Tanah Melayu dieksploitasi oleh imperialis Barat.Contohnya,biji timah,emas,rempah ratus dan sebagainya.Institusi diraja tidak lagi memainkan peranan apabila sistem Residen diperkenalkan.Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa dalam pentadbiran.
2.      Masyarakat kita semakin lupa perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan.Kemerdekaan yabg telah dinikmati untuk sekian lama merupakan hasil pengorbanan dan jasa tokoh-tokoh yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu.Masyarakat kita hari ini telah hilang semangat patriotism. Hal ini terjadi kerana arus pemodenan yang pesat membangun melalaikan masyarakat akan keperitan para pejuang negara.pejuang negara yang sanggup berkorban nyawa perlulah dihargai dan menjadi contoh terutamanya golongan anak muda atau generasi hadapan supaya mempunyai semangat yang membara dan jati diri yang kuat untuk membangunkan negara.


3.      Sistem pentadbiran yang lemah.Sistem pentadbiran yang lemah telah memberi peluang kepada imperialis Barat untuk campur tangan dan seterusnya menguasi pentadbiran.Para pemimpin kurang yang cekap dan seringkali mengambil keputusan secara terburu-buru telah melibatkan campur tangan penjajah.Strategi peperangan yang tidak berkesan juga menyumbang dalam kekalahan askar Melayu.Akibatnya,pemimpin Melayu terpengaruh dengan tawaran orang Barat yang kononnya ingin mambantu.Sistem diraja yang lemah menyebabkan sistem Residen dengan mudah mengambil alih pentadbiran dan menyebakan Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa dalam tampuk pemerintahan.
Kaedah Kajian




    Terdapat dua kaedah kajian yang telah digunakan bagi melaksanakan kajian ini , iaitu kaedah perpustakaan dah kaedah lapangan . Kaedah kajian perpustakaan merupakan sumber primer bagi mendapatkan maklumat berkaitan zaman penjajahan di tanah melayu .Maklumat tersebut telah didapati dari perpustakaan Politeknik Nilai. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar , majalah dan sebagainya bagi menguatkan lagi kajian ini. Laman web ilmiah dan blog , merupakan sumber skunder dengan memuat turun bahan dari laman web sebagai  tambahan untuk rujukan.

     Kaedah kajian yang kedua ialah Kaedah lapangan ,kaedah ini digunakan dengan cara menyediakan borang soal selidik sebanyak 30 set borang soal selidik dan diedarkan kepada setiap responden seramai 30 orang yang menetap di KAMSIS blok Jati aras 4.Setelah diedarkan ,borang tersebut  dikumpul semula sejurus sahaja selesai diisi dengan lengkap. Masa yang diberi bagi mengisi borang tersebut adalah selama 10 minit setiap seorang. Dengan cara ini kami dapat mengumpul maklumat dengan lebih terperinci dan tepat tentang kajian .

OBJEKTIF KAJIAN


-          Menjelaskan wujudnya proses penjajahan di negara yang berlaku akibat kemasukan negara negara asing

-          Membincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam negara sehingga menjejaskan pentadbiran yang sedia ada.


-          Huraian mengenai semangat penentangan terhadap penjajahan serta menilai kesan-kesan penjajahan tersebut .
MUKADIMAH


Seperti yang kita sedia maklum, sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Setiap jajahan oleh kuasa-kuasa asing, Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia menerima banyak kesan-kesan sama ada kesan positif atau kesan negatif. Teryata, kesan-kesan jajahan kuasa-kuasa asing ini banyak memberi kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial penduduk di Tanah Melayu. Penjajahan kuasa-kuasa luar terhadap Tanah Melayu terjadi disebabkan faktor-faktor seperti kuasa pemerintahan yang lemah, sumber ekonomi yang banyak dan banyak lagi. 


Gambar: Tentera Jepun menunggang basikal sebagai strategi peperangan



 Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.




Era Penjajahan dan Sejarah Malaysia

Berikut adalah sinopsis senarai kronologi kepada sejarah era penjajahan yang telah berlaku di Tanah Melayu sehingga kepada Pembentukan Malaysia.

1400an                    - Zaman Kesultanan Melayu Melaka

1511                        - Pemerintahan Portugis

1641                        - Permerintahan Belanda

1824                        - Pemerintahan British (Inggeris)

1941                        - Pemerintahan Jepun

1945                        - Jepun Menyerah Kalah  - Pemerintahan British kembali.

1948-1960               - Darurat di Tanah Melayu (Komunis Menguasai Tanah Melayu)

31 Ogos 1957          - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

16 September 1963 - Penubuhan Negara Malaysia