Kaedah Kajian
Terdapat dua kaedah kajian yang telah digunakan bagi melaksanakan kajian
ini , iaitu kaedah perpustakaan dah kaedah lapangan . Kaedah kajian perpustakaan
merupakan sumber primer bagi mendapatkan maklumat berkaitan zaman penjajahan di
tanah melayu .Maklumat tersebut telah didapati dari
perpustakaan Politeknik Nilai. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti
buku ilmiah, akhbar , majalah dan sebagainya bagi menguatkan lagi kajian ini.
Laman web ilmiah dan blog , merupakan sumber skunder dengan memuat turun bahan
dari laman web sebagai tambahan untuk
rujukan.
Kaedah kajian yang kedua ialah Kaedah
lapangan ,kaedah ini digunakan dengan cara menyediakan borang soal selidik
sebanyak 30 set borang soal selidik dan diedarkan kepada setiap responden
seramai 30 orang yang menetap di KAMSIS blok Jati aras 4.Setelah diedarkan
,borang tersebut dikumpul semula sejurus
sahaja selesai diisi dengan lengkap. Masa yang diberi bagi mengisi borang
tersebut adalah selama 10 minit setiap seorang. Dengan cara ini kami dapat
mengumpul maklumat dengan lebih terperinci dan tepat tentang kajian .
No comments:
Post a Comment