Wednesday, 18 March 2015

PENYATAAN MASALAH


1.      Supaya Malaysia tidak dijajah semula.Malaysia dijajah bukan sahaja dari segi hasil bumi,malahan mental,fizikal dan ekonomi turut terkesan.Institusi diraja Tanah Melayu yang berdaulat turut dicemari oleh penjajah.Dari segi mental,masyarakat di Tanah Melayu ditindas dan menyebabkan masyarakat Melayu berasa takut dengan ancaman penjajah.Hak-hak mereka dirampas dan dipaksa bekerja secara paksa.Pelbagai jenis cukai dan bayaran yang dikenakan turut membebankan masyarakat.Dari segi fizikal dan ekonomi pula,kaum lelaki dipaksa bekerja secara paksa.Ekonomi di Tanah Melayu dieksploitasi oleh imperialis Barat.Contohnya,biji timah,emas,rempah ratus dan sebagainya.Institusi diraja tidak lagi memainkan peranan apabila sistem Residen diperkenalkan.Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa dalam pentadbiran.
2.      Masyarakat kita semakin lupa perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan.Kemerdekaan yabg telah dinikmati untuk sekian lama merupakan hasil pengorbanan dan jasa tokoh-tokoh yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu.Masyarakat kita hari ini telah hilang semangat patriotism. Hal ini terjadi kerana arus pemodenan yang pesat membangun melalaikan masyarakat akan keperitan para pejuang negara.pejuang negara yang sanggup berkorban nyawa perlulah dihargai dan menjadi contoh terutamanya golongan anak muda atau generasi hadapan supaya mempunyai semangat yang membara dan jati diri yang kuat untuk membangunkan negara.


3.      Sistem pentadbiran yang lemah.Sistem pentadbiran yang lemah telah memberi peluang kepada imperialis Barat untuk campur tangan dan seterusnya menguasi pentadbiran.Para pemimpin kurang yang cekap dan seringkali mengambil keputusan secara terburu-buru telah melibatkan campur tangan penjajah.Strategi peperangan yang tidak berkesan juga menyumbang dalam kekalahan askar Melayu.Akibatnya,pemimpin Melayu terpengaruh dengan tawaran orang Barat yang kononnya ingin mambantu.Sistem diraja yang lemah menyebabkan sistem Residen dengan mudah mengambil alih pentadbiran dan menyebakan Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa dalam tampuk pemerintahan.

No comments:

Post a Comment